:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Monday, February 7, 2011

:: Kerak Nasi Untuk Ibu ::

ohh sgt heaven sbb ptg ni takde kelas.. ptg2 cm gini nk stdy pun tak best kn.. sbb otak da letih.. so merayap2 kat iluvislam.com jap.. sungguh menyayat hati aku baca cerpen yang mengisahkan kasih sayang seorang ibu terhadap anak2nya.. jom kita baca sama2 ea.. smbil2 tu dgr lagu ni.. mmg sedih lah.. muhasabah diri kejap..


*************************************************************************************************************
Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.
Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.
"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."
Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.
Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.
Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.
Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.
Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.
Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..
Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :
"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."
Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"
Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."
Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."
Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."
Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'
"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'
Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
*************************************************************************************************************
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..
"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."




hebat mana pun kita.. besar mana pun gaji kita.. handsome mana pun suami kita.. cantik mana pun isteri kita.. jangan lah sekali-kali kita lupakan kedua orang tua kita.. tanpa mereka siapalah kita.. dari sekecil ibu jari hinggalah dewasa kini.. tak ternilai jasa mereka membesarkan kita.. tak terbayar dengan wang ringgit.. hargailah mereka sementara mereka masih ada.. bagi yang dah pergi meninggalakan kita.. banyak2 lah berdoa buat mereka.. 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

12 comments:

Eyka said...

sedihh nye entri ni awk.huhuhuhu...T.T..makk!! huhu..:(

Cik TeN10 said...

Eyka

jom kite nangis sama2 jom Eyka..huhu
:(

Raji and Yeen said...

huhu sememangnya mmg cmtuh seorang ibu T.T
selalu kalau ak mak aku tolak pun mmg suh gak dia makan :P
hohoh a mum always mengalah dgn anaknya... but a son ~~~~ =.="

Cik TeN10 said...

Raji

cmtu lah mak.. dia terasa hati kdg2 kita pn xtau..as long as ank2 dia happy dia ok ja wlpn dia terpksa berkorban..kita kena la pndai2 pk..

but a son~~~??? what?..haha

Imran nyambek said...

lu buat gua rase nak balik cium mak gua.(TT)

Hanis MY said...

huhu sadis...

Cik TeN10 said...

Imran nyambek

cium la puas2..tak salah pun :)

Cik TeN10 said...

Hanis MY

miss my mom.. huhu

Cempakamelati said...

Pengorbanan seorang ibu memang tiada tandingannya didunia.

Cik TeN10 said...

Cempakamelati

=) wanita yg kuat, tabah melayani kerenah anak2nya..

si para para said...

terlalu besar jasa dan pengorbanan seorang ibu...banyak yang kita tahu..banyak lagi yang kita tak tahu...

doaku mekar selalu untuk mu ibu..aku berjanji.

Cik TeN10 said...

si para para

ermm.. tu lah kn..

good2!.. doa dr seorang ank adlh hadiah yg amat berharga buat ibu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...