:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Thursday, April 7, 2011

:: Ikhlaskah kau menerimaku ? ::


Assalamualaikum..


sebelum aku merepek..
aku nk ajak korang sma2 baca cerpen kt bawah ni.. 

.....

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

.....
MasyaAllah..
sucinya hati jejaka ini kan?..
rupa paras bukan menjadi ukuran buatnya..
janji tetap janji yg perlu dikotakan..
sayang tetap sayang lalu diterima seadanya..
masihkah ada jejaka seikhlas 
dan seluhur hati pemuda ini ??

p/s : ikhlaskan hati kita.. insyaAllah akan bertemu pasangan yg ikhlas juga :)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

12 comments:

zati embong said...

bf jat,dia jtuh cnta kat jat sbb suara jat.lama juga kitorg just calling2 tp xjumpa even 1 uni.

dia ckp,walau cmne pn rupa jat,dia xksah.

kngan betul.

Gimi said...

senyum je baca...

ingat wanita tu la catrina..

pandai betul catrina tu nak tahu hati lelaki tu..

KUREKURE COMEL said...

susahkan....kalau ada seploh laki..belum tentu blh jumpa yg ikhlas mcm tu...

aNiS aNiSa said...

mudah2han dapat laki yang ikhlas begini..

ada lagi ka skrg??ssahnya kan =(

latest entry : Mengemis Kasih~

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pasti ade...
tapi susah nak jumpa...

Raji and Yeen said...

yeah mmg susah nk jmper lelaki yg tak pandang rupa sekarang..
tapi ak percaya cantik mcm mana pun perempuan itu satu hari nnti dia pasti tua gak =.=
of course la kan lol

Cik TeN10 said...

jat

wahh.. mseti sedap kan suara jat.. nk jugak dgr !! hihi

bagus la kl cmtu.. untung jat dpt bf cmtu..

kenangan manis tu jat :)

Cik TeN10 said...

Gimi

senyum tak perlu kata apa2~ ^.-

yep.. trick utk dia tahu sma ada lelaki tu betul2 ikhlas ke x menyayangi dia.. :)

Cik TeN10 said...

mina

tu lah.. beruntung spe yg dapat lelaki yg ikhlas mcm tu.. :)

Cik TeN10 said...

aNiS aNiSa

insyaAllah..

hurm.. ade kot tp ssh nk jmpe..

Cik TeN10 said...

meniti senja

harapnye aku dah jmpe lelaki itu.. :)

Cik TeN10 said...

Raji

tu lah.. semua nak yg cantik je.. padahal kecantikan dalaman itu jauh lebih penting berbanding kecantikan luaran..

ade ke org makin tua kulit makin cantik ?? haha kau ni Raji..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...