:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Wednesday, December 28, 2011

:: 秋田 ::


morning :)

秋田  =  Akita

aku masih berada di akita.. tujuan asal datang carik umah sewa.. umah sewa dah dapat so time untuk jalan-jalan dan enjoy !!

korang nak tengok salji sangat kan ??? nah 3 keping gambar aku tempek kat sini.. 3 sudah la ea.. beku tangan nak snap gambar bebanyak.. enjoy !! >.<





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, December 24, 2011

:: Tetamu ::

ehemmm2.. maaflah tak sempat nak jenguk rumah korang lagi..
semalam adalah hari yang paling bahagia bagi aku.. dah start winter holiday !! yeayyy !!
dan semalam aku menerima dua orang tetamu a.k.a senior aku.. tu yang tak sempat nak merangkak ke blog korang tu.. maaf ea.. :)

entry kali ni ringan-ringan je.. entry bergambar.. saje tak nak kasik chance kat labah-labah nak bersarang kat umah i.. ngeee ;p



tetamu disambut dengan minum petang.. koeteow goreng and kuih keriya + teh o panas.. koeteow tak sempat amik gmbar..


malam tu dinner steamboat ketam.. sejak 3 tahun menetap kat Jepun, ni first time aku merasa ketam Jepun.. besar yang amat.. dan yg paling best isinya sangat manis !! 2 ekor ketam besar harga lebih kurang 1800¥ = RM72.72 .. memang mahal tapi berbaloi !! 


dinner semalam dimeriahkan lagi dengan takoyaki.. homemade okeh !! seriusly sedap !! macam yang jual kat kedai owhhh.. 


lepas makan ketam dan takoyaki, kami makan ice cream cheesecake pulak.. tak berapa nak jadi ice lagi tu.. tapi dah gelojoh sangat nak makan.. telan je la.. haha

lepas makan masing-masing tersadai.. tidur dengan nyenyak sekali lepas melantak.. haha


pagi tadi aku masak nasik lemak.. menu last untuk tetamu aku.. :)

senior aku suruh aku stop belajar then bukak restoran.. uwaaaaa.. sedihhh.. tapi betul ke aku bakal jadi engineer ni ? aku pun tak pasti.. ahaha >.<


cuaca pagi tadi cerah walaupun sejuk.. suhu 3,4 darjah celius if i`m not mistaken..

lepas isi perut kenyang-kenyang apa lagi.. lepas dendam untuk bershopping lah !!


destinasi kami kali ni Mitsui Outlet Park.. terletak dekat dengan Pelabuhan Sendai.. masa nak pergi tu terperangkap kejap la dalam jem.. gambar hancus sbb amik dr dalam keta ja masa nak balik tadi..

yang bestnya GAP buat SALE gila teruk !!
puas dapat shopping kat GAP hari ni !.. sweater asalnya harga 4900¥ jadik 720¥.. tshirt asalnya 1900¥ jadik 180 ¥.. memang langkah kanan betul lah.. :) hasil shopping kali ni ialah..

sepasang sweater + sepasang long sleeves + 2 tshirt short sleeves = 2200¥ = RM88.88




sebelum berangkat pulang kami singgah makan dekat Marumatsu.. masa makan salji ngah turun lebat.. sedap je menelan.. dah masing-masing lapar sangat and penat bershopping.. almaklum la dah lama tak shopping kan.. so excited tu lebih la sket.. keh3


all of us ! gambar ada sekeping ni je.. tu pun tak clear.. agaknya pak cik yg tlg amik gmbar ni parkinson kot.. gegar semacam je.. tapi takpe la.. terima kasih la pak cik ea.. boleh la nak buat kenang-kenangan.. 

ehh korang jangan la terkejut lak tengok aku makan banyak ea.. aku mmg slim world tapi perut aku besar macam tong drum !! hahahahh 

that all for today.. esok aku akan berangkat ke akita.. nanti aku tempek gambar kat akita pulak ea.. kat akita saljinya lagi tebal !!.. 

tak sabar nak main baling-baling salji.. till then.. bye !!
:)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 22, 2011

:: おめでとう!! ::

hye ! (")

sana sini riuh dengan keputusan PMR yang keluar hari ini..



111 orang out of 126 candidates berjaya mendapat straight A !! korang memang hebat !!

おめでとう  =  omedetou  =  tahniah

aku pun tak nak ketinggalan untuk ucapkan syabas kepada junior-junior sekolah aku..
alhamdulillah.. tahun ni bekas sekolah aku a.k.a Sek. Men. Sains Pokok Sena berada di tangga teratas antara semua sekolah di negeri Kedah.. aku turut berbangga dengan pencapaian cemerlang adik-adik sekolah aku.. keep it up !!

tahniah untuk semua.. kepada yang tak dapat straight A tu.. jangalah berputus asa ya.. anggaplah ini sebagai satu cabaran, pengajaran dan teruskan usaha untuk masa akan datang.. gagal hari ini tak bererti gagal buat selama-lamanya.. :)

*****


selak je langsir pagi tadi.. putih je.. nasib baik ari ni last day.. esok start winter holiday yeayyy !!! time untuk enjoy dan berehat !!  :)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 21, 2011

:: Gegaran ::

cube korang perhatikan dua ketul gambar kat bawah ni.. 







nampak tak perbezaannya ???  bila tengok lelama rasa kelakar plak gmba 1st tu.. hahaha

rumah yang kat bwah tu lebih stabil sebab dibina untuk tahan gegaran..
kalau bangunan kat jepun ni tak tahan gegaran alamtnya dah lama runtuh bangunan hostel aku ni..

malas nak terang panjang2.. aku pun tak berapa arif sangat.. so korang tengok je la video ni ea.. :)




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

:: wordless wednesday #9 " setia " ::


:)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 19, 2011

:: pilihan keluarga ::

berapa ramai ya anak-anak sekarang ni yang masih mengikut pilihan keluarga dalam usaha mencari pasangan ?.. 

dalam zaman moden ni tak ramai tapi masih ada segelintir yang berkahwin mengikut pilihan keluarga..
mak ayah mana yang taknak tengok anak dia berahwin dengan orang yang baik-baik kan?..

hati aku tersentuh sangat tengok video ni.. ramai yang nangis tengok video ni termasuk aku !! ngeee


amacam ?? korang nangis tak ??? 

so sweet kan ?? beruntung tuan punya badan.. :)
aku pun nak jugak proposal yang sweet cenggini !!! huhu >.<




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 18, 2011

:: kebosanan ::

morning !! :)


cheesecake.. buat kemarin dulu.. saja post gambar makanan nak bagi korang terliur.. terliur dak wehh ? hahaha

cheesecake ni aku buat pakai resepi dari vietnam.. aku suka sebab takyah guna gelatin.. *aku takde bekalan gelatin halal skrg !! cheesecake ni tak perlu bakar.. just masuk peti sejuk kat tempat beku selama 3 jam.. sedap wehh !! :p


ini project aku yang baru je siap semalam.. sarung kusyen.. boleh la peluk-peluk time sejuk..

aku sebenarnya bosan.. nak keluar malas pulak bila tengok salji yg memutih kat luar tu.. so time winter ni aktiviti aku dihujung minggu ialah

# main masak-masak
# makan, makan dan makan
# layan running man
# tidur

boring tak ? sungguh boring kan..
aku dok tunggu nak tengok ombak rindu ni..
tapi tak tau nak donlod kat mana..
ada sapa2 tau kat mana ak leh tengok/donlod ombak rindu tak ???
kasihanilah daku yang kebosanan ini.. 

>.<


latest project.. baby booties.. present utk member aku yg baru dapat baby.. :)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, December 17, 2011

:: 初雪 ::

morning :)
hujung-hujung minggu seronok je kan bermalas-malasan atas katil..
kalau kat umah mak masak nasik lemak ke.. takpun abah beli roti canai ke..
pastu breakfast sama-sama satu family..
uwaa seriusly I miss that moments !!

ok back to the topic !! hehhhh
bangun pagi.. selak je langsir..
uwaaaaa padan la semalam masa tidur sejuk semacam.. rupa-rupanya...


view dari beranda bilik aku.. ini baru 初雪 tau !! 

*****************************************

初 =  hatsu =  permulaan
雪 =  yuki =  salji

初雪  =  hatsuyuki  =  permulaan salji

*****************************************

baru permulaan ok.. bayangkan lagi seminggu, dua minggu, 3 minggu.. uwaaaaa


oh gambar ni mmg out.. pecah sebab aku snap pakai cik apple pastu aku zoom sbb nak tunjuk keta tu haa.. ini la terjadi kalau dah tiba fuyu ni.. pagi-pagi nak kena wipe yuki yang bertimbun atas keta.. tayar memang kena tukar la.. kalau pakai tayar biasa nanti meluncur la kete korang.. jalan licin..

seronok ooooo main baling-baling salji kat member pastu buat taktau.. tak pasal-pasal org lain yg tak bersalah kena baling balik.. hahaha :D

nasib baik basikal kesayangan aku park bawah bumbung.. kalau tak, mesti tertimbus..
tu je la sedikit coretan sebagai permulaan winter 2011.. nanti kalau aku pi buat 雪だるま, aku bebel lagi tempek gambar ea.. :)

***********************************

雪だるま  =  yuki daruma  =  snowman

***********************************

粉雪  = kona yuki  = titisan salji
nah lagu sempena musim salji.. :)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 14, 2011

:: Usaha ::

korang tengok la video ni kejap.. 1 minit je..
video yang pendek tapi cukup untuk buat hati aku tersentuh..


dah tengok ??
banyak pengajaran kan ??

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

:: The engagement ::

kenal Maria Elena ??
kalau ada jejaka yang simpan hati nak Maria Elena, sila pasrah sekarang..
nah bingkisan buat korang semua.. :)

Maria Elena Zarul & Asfirdaus Asri Engagement Ceremony from Shafiq Zamri on Vimeo.

cool kan ???
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 12, 2011

:: 冬祭り (Fuyu Matsuri) ::

morning semua.. :)

ari ni nak bebel cerita ari sabtu lepas.. 

冬  =  Fuyu  =  Winter
祭り  =  Matsuri  =  Festival

冬祭り  =  Fuyu Matsuri  = Winter Festival

Fuyu Matsuri ni dah jadi acara wajib pada bulan December setiap tahun bagi kami-kami yang menetap di hostel.. mari menjamu mata tengok beberapa keping gambar yang aku sempat snap ea..


acara bermula seawal jam 10 pagi.. alhamdulillah cuaca cerah walaupun sejuk.. kalau tak silap dalam 4 or 5 darjah celcius.. 

**orang Jepun memang tak mandi pagi.. kebiasaannya diorang akan masuk ofuro sebelum tidur.. ofuro ni macam bath tab yang diisi dengan air panas dlm 40 darjah celcius.. berendam dalam air panas ni bagus untuk kesihatan katanya.. nanti aku cerita di lain entry bab ofuro ni ea.. *kalau aku rajin ! keh3


ini dalam proses nak buat mochi (rice cake kata Google).. mula-mula sekali masak beras mochi macam masak nasik.. pastu lepas masak, masa tengah panas-panas tu masukkan beras tu dalam lesung kayu macam kat dalam gambar kat atas ni.. 

hasil soal selidik aku.. beras mochi ni macam beras pulut la.. bila dimasak dia jadi macam melekit-lekit gitu..


pastu acara tumbuk menumbuk.. alaa lebih kurang macam orang-orang kampung dok tumbuk kerisik masa nak kenduri kawin tu.. tiba-tiba aku teringat kampung.. ngee 

aku pun sempat jugak try tumbuk.. berat jugak kayu penumbuk tu.. plus mochi tu melekit-lekit kat lesung penumbuk.. kalau tumbuk sorang-sorang mau tergeliat urat.. so pakat-pakat bergilir la tumbuk sampai lumat..


tapi tukang tengok lagi ramai daripada tukang tumbuk.. keh3..


taraaaa.. ini mochi yang dah siap !! mochi bila dah lumat ditumbuk jadi macam tepung beras yang kita bancuh ngan air pastu bentukkan bulat-bulat.. lebih kurang macam tu la.. tapi rasa dia lagi fresh la.. dan melekit-lekit macam pulut..

macam gambar kat atas ni.. ada 4 ketul kan.. yang sebelah kiri bawah tu mochi disalut dengan kacang merah.. favourite aku.. yang kiri atas pulak disalut dengan goma (bijan).. yang tu pun sedap jugak.. yang warna hijau tu zunda (refer gambar kat bawah ni).. pun sedap.. yang last skali tu kinako (toasted soybean flour).. pun sedap jugak.. pendek kata semua aku suka !! ngeee

4 ketul ni nampak macam sikit je.. tapi sangat mengenyangkan tahu..


korang tau tak kacang ni ?? korang panggil apa ya? kacang hijau ke? aku lupa lak nama dia..
kat jepun, kalau pi makan dekat Marumatsu (family restaurant) aku mesti order kacang ni.. kat sini dia rebus pastu salut garam skit.. sedap wehh !.. ka aku mmg spesies kuat makan ?? semua pun sedap !.. hahaha


pas makan mochi tu kami dihidangkan dengan sup sayur.. sedap wehh hirup sup sayur panas-panas time sejuk-sejuk gini.. aku xsure la sup apa ni.. yg pastinya aku suka.. aku tanya member jepun aku, dia pun taktau apa nama sup ni.. yang dia tau makan ja.. kih3.. tapi dalam sup ni ada macam-macam sayur.. rasanya tak pekat tapi sedap.. 

no wonder la kulit orang jepun ni licin and cantik je.. makanan diorang tak berminyak.. banyak sayur-sayuran pulak.. so kalau nak kulit cantik macam awek jepun, kurangkan makanan berminyak dan berkolestrol ya kawan-kawan.. :)

sekian sahaja bebelan untuk hari ini.. 

***

psttt.. pagi tadi aku email sensei cakap aku tak sihat.. then sensei aku yang baik hati tu bagi aku cuti hari ni.. dia suruh aku rehat.. nasib baik hari ni takde kelas.. aku dah rasa ok sket dari semalam tapi still sakit-sakit satu badan.. so aku nak rehat sambil layan running man.. tata~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 11, 2011

:: Sabar ::

***
aku nak membebel kejap.. xtau nak share ngan sapa.. 
membebel sorang-sorang pun jadiklah.. kalau xnak bace pun xpe..

***

hari ini hari yang sangat tidak seronok...
sepanjang hari aku terbaring je atas katil...
kepala ni pening je.. nak bangun pun tak berdaya..
dari pagi tadi perutku hanya diisi dengan segelas air suam..
nak bibik sorang please !!! aku xberdaya nk bgn masak ni.. huhu
bila sakit-sakit mcm ni mula la nak rasa homesick..
kalau kat umah ade mak..
time sakit mak masakkan bubur..
mak membebel suruh makan ubat..
adik tolong urutkan..
kat sini ??? huaaa kesunyian.. terbongkang sorang-sorang atas katil..
bersabarlah duhai hatiku..
sakit itu ujian.. *ayat nak sedapkan hati

perempuan yang tak pernah merasa period pain patut bersyukur banyak-banyak..
sakitnya tak dapat aku nak ceritakan..
macam nak putus pinggang aku ni..
hopefully esok dah kurang sakitnya..

gini la nasib merantau jauh-jauh..
sakit pening sorang-sorang je..

so kepada sesapa yang baru je lepas SPM yang ade angan-angan nak study oversea tu fikir la banyak kali sket ekk.. pertimbangkan baik buruk dok jauh-jauh dari family..

sekian

:(
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 9, 2011

:: dingin salju ::


salji dah mula turun !!
maka bermulalah ceritera di musim saljuku..
musim untuk berhibernate.. mengembangkan pipi ini..
sekian.. bai !




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 5, 2011

:: Rasa macam nak cubit-cubit je !! ::

anybody tengah stress or tension ??? meh dengar nih..


she is so cute !!!! 
tetiba rasa nak kawin nak anak !!! ngeh3
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, December 3, 2011

:: Pengalaman yang tak dapat kulupakan Part 3 ::


untuk kali ini.. nah aku paparkan rakaman ketika kejadian tsunami sejurus selepas gempa bumi yang berpusat di laut miyagi berlaku..


gerun kan ???

actually gempa bumi besar diramalkan berlaku setiap 4 tahun sekali di kawasan Miyagi-ken.. setakat ini, bencana yang melanda Jepun pada Mac 2011 adalah yang terbesar..

pusat gegaran gempa bumi yang berlaku haritu berada pada dasar lautan.. itu yang menyebabkan berlakunya tsunami / 津波.. 


mereka dah jangka akan berlaku tsunami.. so kerajaan jepun dh buat persediaan macam benteng untuk menahan air laut dr melimpah ke darat dan sebagainya.. tapi jangkaan mereka meleset apabila tsunami yang datang adalah 1o kali lebih besar dari jangkaan mereka.. makanya jadilah padang jarak padang terkukur apabila semua kereta, rumah-rumah hanyut dibawa arus..

sebelum aku cerita macam mana rakyat jepun berhadapan dengan bencana besar yang melanda negara mereka apa kata kalau kita tengok dulu seteruk mana kemusnahan selepas ditimpa bencana..


gelombang tsunami


musnah dipukul ombak


masih ada bangunan yang gagah berdiri


kesan bencana yang teruk

hari tu aku sempat berbual-bual dengan sensei aku.. katanya sepanjang dia hidup setakat ni, ini pertama kali dia merasai gempa yang paling kuat.. dia sendiri pun panik masa tu.. apatah lagi aku yang asal dari tempat yang langsung tak dak gempa bumi kan.. so kita patut bersyukur.. tapi kita kena jaga-jaga.. kalau Allah kata kunfayakun maka tak mustahil jugak untuk bumi Malaysia mengalami bencana seperti gempa bumi.. kuasa Allah siapa yang tahu kan.. mungkin dia nak beri peringatan buat kita semua..

kalau tak silap aku.. plat dimana terletaknya bumi matahari terbit ni telah bergerak 2.3 meter daripada kedudukan asalnya akibat daripada gempa bumi tersebut.. maknanya peta dunia pun dah berubah la.. tak mustahil jugak negara kita pun akan masuk ke kawasan lingkaran gunung berapi.. kan ?..

*****

setakat ini je la buat kali ni.. kalauu sambung semua kang terlebih panjang pulak.. tggu next part ea.. :)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

:: Help me ! Help me ! ::

psttttttt.. pstttt.. aku nak mintak tolong ni..
boleh tak sape-sape ajarkan aku macam mana nak bagi header aku kat atas ni dok kat tengah-tengah ?? 
aku tau korang semua hebat-hebat belaka.. so tolong la ajar aku ni..

terima kasih.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 1, 2011

:: Sebijik epal ::


hahaha.. kau ader ???

fresh punya apple.. bleh pilih merah ke hijau.. keh3
mahal ni wehhh.. >.<
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 30, 2011

:: Baby girl ::

Aku suka baby comel !! >.<

morning..

hari ni aku takde class.. cuaca sejuk-sejuk cenggini seronok berbungkus dalam futon (selimut tebal) ..

*****

semalam aku terlepas nak tengok cerita Cinta Elysa.. so frust punya pasal aku belek-belek news feed dekat FB.. dan aku terbaca ini !! ..


aku penah buat cerita kat blog pasal member aku yang melangsungkan perkahwinannya awal tahun ni..  awal tu tak awal sagat la.. bulan Mac.. aku cerita pasal bunting pelamin.. nah hari ni dah nak meletup dah pun.. cepat je masa berlalu kan.. 

hari ni dia kena operate.. katanya kedudukan baby songsang dan air ketuban dia sedikit.. so untuk elakkan baby lemas doctor terpaksa operate.. (aku pun tak pasti sebab aku fail kalau bab2 berkaitan biologi ni) .. 

alhamdulillah.. wife dia selamat melahirkan baby girl !! tahniah !! :)

*****


ohh aku suka dengan pic dekat google page ni.. budak-budak ni tengah mencari something.. sesuai la dengan google sebagai sumber pencarian.. 

*****

ok lah.. aku nak melayan cerita Cinta Elysa yang terlepas semalam.. daaa~




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 27, 2011

:: Pengalaman yang tak dapat kulupakan Part 2 ::


part 1

.....

sesekali mata aku melirik pada jam tangan..

" eh asar dah masuk lama ni.. aku belum solat lagi.." aku bermonolog sendirian..

nak balik solat kat hostel.. aku rasa macam cuak nak menjejakkan kaki ke aras 3.. dibuatnya datang lagi gegaran besar mahu luruh jantung aku gamaknya..  aku minta permission daripada lecturer aku untuk pulang menunaikan solat sekejap.. aku minta member aku budak lelaki dari Indonesia untuk teman aku pulang ke hostel.. sampai ke depan pintu bilik aku ajak dia teman.. dengan pantas aku capai tudung dan kain telekung beserta sejadah.. aku bawak peralatan solat semua ke aras satu aku solat di bilik aras satu berdekatan dengan pintu keluar.. kalau ada gegaran kuat pun senang nak melarikan diri..

masa aku solat tu pun sesekali datang gegaran membuatkan aku kurang khusyuk dalam solat.. aku baca yang wajib je.. seriusly takut aku tadi masih belum hilang.. ketakutan tu agak lama berbekas dalam diri aku..

seusai solat aku pun kembali ke bilik kuliah tadi.. lepas tu kami semua diarahkan berkumpul di dewan kuliah besar.. salji yang makin lebat turun membuatkan kami menggigil kesejukan.. so bila semua berkumpul kat dalam dewan tu kurang la skit sejuk..

aku rasa sedikit tenteram apabila rakan-rakan aku yang terkandas di bandar dapat pulang ke kolej lewat jam 12 tengah malam lebih kurang.. pada masa tu kami 6 orang pelajar malaysia seorang pelajar vietnam dan seorang indonesia.. 3 perempuan dan yang lainnya lelaki..

pada malam tu kami lihat berita di televisyen (guna generator mcm kat pasar malam utk nyalakan tibi).. baru aku tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.. melihat rakaman video kejadian tsunami serta gempa bumi itu menyebabkan hati aku tidak tenang.. keluarga dan sahabat handai di tanah air pasti risaukan keadaan kami disini.. namun aku tak dapat berbuat apa-apa memandangkan line telefon dan juga internet terputus.. pegawai kedutaan juga pasti cuba untuk menghubungi kami yang berada di tempat kejadian..

ada jugak pelajar yang kelihatan sangat risau.. nak2 mereka yang tinggal berdekatan dengan pantai.. entah maca mana nasib family mereka.. yang pastinya seorang member sekelas dengan aku hanya tinggal sehelai sepinggang kerana rumahnya lenyap ditelan tsunami.. namun dia bernasib baik kerana ahli keluarga dia semua selamat.. mujur diorang tiada di rumah semasa kejadian berlaku..

bangunan kolej ni lebih kukuh berbanding bangunan hostel.. memang dibina tahan gegaran..so pada malam kejadian tu kami semua tidur di bilik kuliah.. satu bilik menempatkan pelajar lelaki dan satu lagi pelajar perempuan.. ada jugak mereka-mereka yang terkandas di separuh jalan untuk pulang ke rumah dari pejabat tumpang tidur di tempat kami.. tidur pun tidur-tidur ayam je.. gegaran masih lagi tidak henti-henti..

aku tidur pun dengan tudung masih lagi dikepala.. risau jugak buatnya masa tengah tidur tiba-tiba ada gegaran kuat.. jenuh jugak nak meraba mencarik tudung gelap-gelap tu.. dalam keadaan panik benda depan mata pun boleh tak nampak kan..

tiba-tiba.. sebelum aku nak lelapkan mata aku terdengar telefon aku berbunyi !!! panggilan dari encik bf !! aku sempat bercakap beberapa minit dengan dia sebelum panggilan terputus.. aku cuba kol family lepas tu tapi tak boleh.. line tak kuat untuk aku membuat panggilan.. nasib je panggilan dari encik bf dapat menembusi talian.. tapi aku sempat pesan kepada encik bf.. mintak dia tolong inform mak aku yang aku selamat.. alhamdulillah aku bersyukur.. at least family aku xde la risau sgt.. malam tu aku dapat la tidur dalam sejam dua.. mungkin aku keletihan sangat kot sampai terlena.. terasa macam tidur dalam  buaian je..

beberapa hari lepas tu talian telefon dan internet dah pulih... selepas menghubungi pihak kedutaan, masing-masing pun sibuk berhubung dengan keluarga di tanah air..

kami terpaksa menghadapi hari-hari yang mencabar selama seminggu sebelum dibawa ke kedutaan di Tokyo.. dalam masa seminggu tu agak pedih jugak la.. bekalan makanan semakin berkurang.. bekalan air yang tertakung pun makin kering.. kami terpaksa kumpul salji then cairkan.. guna air tu untuk buang air.. untuk dapatkan bekalan makanan pulak.. hanya beberapa pasaraya je yang buka.. setiap customer dihadkan 3 items ja.. itupun kami terpaksa beratur selama 3,4 jam..

selama seminggu jugak kami tak mandi.. memang la salji turun dan cuaca sejuk, tak berpeluh.. tp kulit kering.. aku punya kulit kering sampai berdarah.. pedih tahu.. time tu aku lap badan dengan towel basah then sapu losyen pelembap je la.. nak gi klinik, klinik pun tak buka..

dalam masa seminggu tu jugak gegaran masih lagi tak henti2.. kalau tak silap aku gegaran susulan still ada even dua bulan lepas kejadian.. kegawatan bertambah bila disiarkan di dada-dada akhbar tentang berita tentang plan nuclear di Fukushima.. memandangkan sendai terletak bersebelahan dengan Fukushima maka kami diberi warning agar tidak mendedahkan diri kepada hujan.. nak keluar pun kena pakai mask.. sebab angin yg bertiup kuat mungkin membawa kesan radiasi..

seminggu lepas tu.. bus dari embassy sampai untuk bawak kami ke kedutaan.. perjalanan memakan masa yang agak lama berbanding biasa memandangkan salji turun dengan lebatnya.. driver terpaksa pasang rantai pada tayar bus untuk langkah keselamatan.. bayangkan dekat tayar bus pasang rantai besi.. pening jugak la kepala aku dok bergegar beberapa jam dalam bus tu..

yang menghairankan.. cuaca tersangatlah pelik.. sebab selalunya bulan 3 salji dah nak abes.. dah tak turun lebat dah lagi.. tapi sejak kejadian tsunami dan gempa tu salji turun mencurah2..

*****

di Tokyo kami tumpang umah pegawai kedutaan Malaysia.. hari 1st kat Tokyo kami diarahkan untuk settlekan visa serta re-entry permit.. sampai saja di depan bangunan imigresen Tokyo.. masyaAllah.. ramainya orang !! sampai ke luar banguna org beratur.. padahal masih awal lagi time tu.. pejabat pun belum buka.. tapi urusan kami mudah sebab disediakan kaunter special untuk warga Sendai.. maklum la kami datang dengan passport semata-mata tanpa sebarang dokumen dari pihak kolej and so on.. alhamdulillah.. selesai sahaja urusan visa dan re-entry permit kami lepak-lepak dekat Tokyo sementara menunggu pihak MAS dan embassy menguruskan tiket untuk menghantar kami pulang ke tanah air..

betapa leganya aku bila dapat berita kami akan dihantar pulang ke tanah air.. tiket balik ke Malaysia disponsor oleh Majlis Keselamatan Negara.. manakala tiket untuk pulang kembali ke Jepun disponsor oleh JPA sendiri.. thanks buat kedua-dua pihak !

lama jugak la aku bercuti dekat Malaysia.. 2 bulan.. bila aku tengok balik berita-berita tentang tsunami yang disiarkan di Malaysia.. aku terkejut.. pihak media hiperbola sangat ! padahal kami kat Jepun alhamdulillah ok je.. padanlah family kat Malaysia risau.. kesian pihak Wisma Putera yang terpaksa melayan panggilan-panggilan dari pihak family.. bukan seorang dua student malaysia dekat jepun ni.. jenuh jugak la kalau nak menjawab panggilan setiap family..

apa-apa pun aku bersyukur sangat.. sebab tak ada pelajar Malaysia yang terkorban.. ahamdulillah.. syukur ya Allah..

aku rasa setakat ni sahaja coretan aku tentang tragedi tsunami dan gempa bumi ni.. di lain entry aku akan cerita apa yang aku kagum mengenai masyarakat jepun setelah bencana besar melanda negara mereka..







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 26, 2011

:: Pengalaman pahit di musim salji ::

Winter 2010..hari pertama salji turun

hari ni suhu paling tinggi pun 9 darjah celcius.. sekarang ni dah malam.. suhu menurun ke 5 darjah celcius.. suhu yang makin menurun menandakan tibanya winter sonata

冬 = fuyu = winter

masa mula-mula menjejakkan kaki di bumi sakura kira-kira 3 tahun yang lalu.. aku sangat menantikan winter ni.. sebabnya begitu teruja nak tengok salji.. macam syok je tengok dalam drama korea/jepun kan.. so sekarang teringin nak tengok nak merasa salji tu sendiri..

waktu yang paling best adalah waktu salji mula-mula turun.. time tu memang terbaik lah nak layan perasaan !! kuch-kuch hotaheyyy~ (tetiba je)..feeling yang sangat best.. terasa macam tengah berlakon drama korea/jepun pulak.. panggg ! over sudah.. keh3

masa salji tengah turun tak sejuk sangat.. tapi bila salji dah bertimbun and mula cair.. haa time tu paling sedap berbungkus dalam selimut !! nak mandi pun termenung 3,4 jam even ade air panas.. sebabnye malas nak keluar dari selimut.. ngeh3..


setakat ni aku dah merasa salji 2 tahun.. masuk tahun ni 3 tahun la.. winter yang paling aku ingat adalah masa tahun lepas..

ada satu hari di hujung minggu.. aku nak keluar ke sendai.. sorang-sorang.. hari tu salji tak turun.. so aku decide nak nek beskal je ke eki (station train) berdekatan.. kalau jalan kaki amik masa dalam 15~20 minit jugak la.. borink r nak jalan sorang-sorang kan.. masa pergi tu selamat je la.. tapi time balik tu.. salji tengah mencair.. so jalan agak licin..

di satu selekoh.. gedebukkkkkkkk !! auchhhhh !! sakitnye ponggong aku !!! padahal aku bawak beskal slow je pun.. tapi jalan dah licin.. nasib baik tak terpeleot kaki aku.. cepat-cepat aku bangun.. nasib baik xde orang time tu.. so xmalu la.. ngeh3..

sejak dari kes tu aku dah serik nak bawak beskal time winter.. haaa dah kena baru tau nak serik kan.. kalau dah budak nakal mcm ni la.. ngeeeee padan muka aku !

hari pertama turun salji.. excited main salji !! time ni aku nak pergi convenience store berdekatan bagi mendapatkan bekalan coklat yang secukupnya.. ngeee

bagi aku.. musim winter ni musim yang sunyi sepi.. nak2 aku duduk keseorangan.. siang pendek.. malam panjang.. so banyak abes masa kt dalam bilik je la.. nak keluar salji bertimbun nak gerak pun susah kan.. rasa macam lonely gitu..

cuaca yang sejuk ni menyebabkan kulit aku yang sensitif mudah terluka.. even terkena paper pun boleh terluka.. dan luka lambat sembuh sket time winter.. aku pun tak tau kenapa.. last year jugak jari aku terluka masa aku nak bukak tin susu.. amik masa 2 minggu jugak la nak sembuh luka aku tu..

dannnn.. time winter jugak adalah time kemuncak kecabian aku !! sejuk-sejuk perut asyik menyanyi jek.. mulut asyik mengunyah je.. pastu jeans pun jadik ketat !!! tapi time winter je la.. lepas tu ok balik.. so aku sediakan jeans khas untuk winter bg keselesaan drumstick aku yang bahagia tatkala winter menjelma..

so itu lah dia cerita winter aku.. aku rasa tahun ni salji lebih tebal berbanding last year.. just wait and see.. bye !!



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 25, 2011

:: Tahniah ::

kepakkk kepakkk kepungggg kepungggg...

tibanya musim cuti sekolah.. maka para emak dan bapak sibuk memenuhi undangan perkahwinan sana sini.. sebut pasal kenduri kahwin.. baru aku sedar.. dah 3 tahun aku tak merasai kemeriahan kenduri kahwin apatah lagi makan nasik minyak.. dulu kalau pergi kenduri aku suka sangat makan daging masak kurma.. sekarang ni dah kurang suka dah..


so di kesempatan ni aku nak ucapkan tahniah kepada mereka yang baru melangsungkan perkahwinan atau bakal melangsungkan perrkahwinan.. tak lupa juga ucapan tahniah kepada Tukang Karut kita yang juga baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini..

kawan-kawan sekolah rendah aku kebanyakan dah berkahwin.. ada yang baru sahaja menimang cahaya mata.. seronok je tengok baby !! jeles tau .. ni yang buat aku rasa nak kawin jugak ni ! aishhh.. (mood gedik dah dtg !! )

ape2 pun aku doakan kepada mereka semua semoga bahagia hingga ke akhir hayat..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 22, 2011

:: Pengalaman yang tak dapat kulupakan ::

ehemm.. tajuk entry aku kali ni mengingatkan aku pada zaman persekolahan.. zaman dimana aku sungguh liat kalau bab nak siapkan homework Bahasa Melayu.. jenuh perah otak aku untuk siapkan satu-satu karangan.. sampai tertonggeng tertunggang semua cukup la gara-gara nak memerah otak untuk mendapatkan sebutir idea ! hahhh sampai gitu sekali terseksanya aku nak menulis sesebuah karangan..

sungguh terasa bahagia bila siapnya sesebuah karangan tu.. bahagianya terasa macam dunia ini aku yang punya !! terlebih sudah.. ok lah.. back to the topic..

Pengalaman yang tak akan pernah aku lupakan ialah pengalaman menghadapi gempa bumi yang melanda Jepun pada 11 March 2011 hari Jumaat..

actually time tu sudah bermula cuti musim bunga.. ada rakan-rakan yang pulang ke tanah air.. ada yang pergi melancong.. ada yang terlebih rajin macam aku tak balik or tak melancong tapi pergi lab konon-kononnya nak study sebagai persediaan awal untuk buat research..

bukan senang aku korbankan cuti sebulan semata-mata untuk study kan.. selalunya tiap kali cuti panjang kompom aku lesap ! tup tup dah ada depan pintu rumah.. membuatkan mak aku terkejut beruk tengok anak dia yang sorang ni tiba2 memunculkan diri.. keh3.. aku memang suka buat surprise.. awas kalau anda menghidap sakit jantung.. better beware dengan aku.. keh3

aku ni pelik sikit.. time cuti bangun awal pun mata ni terasa segar semacam je.. tp time tak cuti mata ni liat bebenar nak celik.. syaitonn itu sungguh kejam !! haha

so pagi Jumaat tu.. cuaca mendung.. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.. sejuknya sampai ke tulang.. usai breakfast aku pun melangkah ke lab.. tung tang tung tang kat lab.. lebih kurang jam 2.00 pm aku pulang untuk solat Zuhur dan makan tengahari..

plannya lepas lunch nak keluar Sendai.. nak join rakan-rakan aku yang tengah bergembira kat Sendai.. maka seusai solat aku pun masak simple-simple sbg alas perut before keluar.. lebih kurang jam 2.30 pm aku siap masak.. macam biasa la makan sambil layan movie depan laptop.. lungguk lauk dalam pinggan duduk depan laptop..

baru nak jemput nasik.. terasa goyang-goyang..

" eh eh.. aku goyang ke gempa bumi ni ? " bermonolog sndirian..

" ahhh xde ape lah.. lapar ! lapar ! " mengomel sendirian..

tiba-tiba time nak suap nasik ke mulut.. goyangnye tu makin pelik..

" aiii.. ni lain macam jek goyangnye.. " bermonolog lagi.. tapi hati dah macam tak sedap dah ni.. dup dap dup dap...

makin lama makin kuat pulak bergoyang.. aku tengok baju-baju yang tergantung turut sama menari-nari.. kedengaran bunyi kaca tingkap turut bergegar.. panikkkkkkk !!!

lalu aku terus bukak pintu berlari menuju ke bilik sebelah.. puas aku ketuk pintu bilik budak vietnam ni.. risau jugak sebab kat aras 3 ni kami berdua ja.. kang aku lari sorang-sorang tinggal dia tak elok jugak kan.. ketuk punya ketuk sampai sakit tangan takde pape respon.. time tu bangunan ni dah bergegar teruk.. kekiri kekanan.. sampai aku takleh nak berdiri dengan stabil..

tersedar yang diri ni kesorangan aku panik.. aku tak terlintas untuk bawa barang-barang penting seperti passport dan sebagainya.. yang sempat aku sambar hanyalah telefon bimbit.. dan yang terlintas di hati pada ketika itu hanyalah untuk menyelamatkan diri.. aku terus berlari menuju ke bawah.. aku menapak turun tangga macam org mabuk.. hampir-hampir aku tersepit pintu kecemasan yang terbuka tertutup akibat gegaran yang terlalu kuat..

sejurus aku keluar dari bangunan tu aku lihat orang ramai berlari-lari ke arah padang.. time tu gegaran masih belum berhenti.. apa yang jelas pada pandangan mata aku ialah.. bangunan bergoyang ke kiri ke kanan.. pokok bergoyang  bagai nak tercabut.. kereta di parking turut bergerak-gerak..

mengenangkan hari tu hari jumaat membuatkan aku bertambah takut.. sungguh tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata betapa takutnya aku pada saat itu.. apa yang bermain di mindaku adalah

" adakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ?? "

mulut aku terkumat kamit mengucap Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !!

semua berkumpul di padang.. pada ketika itu cuaca amat dingin.. aku yang hanya memakai sweater nipis serta berselipar tanpa stokin menggigil kesejukan sementara menanti gegaran reda.. kepala aku hanya bertudungkan hook yg ada pada sweater sahaja..

apa yang aku rasa agak kelakar ialah.. aku tersedar yang nasi dalam genggaman tangan aku hilang entah kemana.. jari jemari mulus aku dah kekeringan pun.. berbau ayam goreng..

lebih kurang satu jam kemudian.. gegaran hampir reda.. sesekali datang gegaran yang agak kuat.. salji mulai turun.. semakin lebat dan lebat.. maka kami berteduh di bilik-bilik kuliah sementara menanti arahan daripada pihak kolej..

......bersambung

*****

ada yang nak tau lagi tak ?? aku tak pandai sangat nak mengarang.. ni pun aku tulis hanya untuk kenang-kenangan aku di hari tua nanti.. kalau ada yang berminat untuk membaca coretan pengalaan aku ni boleh vote kt comment ea.. kalau permintaan ramai aku akan publish sambungannya..

*****

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 21, 2011

:: Penantian itu satu penyiksaan ::


benar kata-kata mereka.. penantian itu satu penyiksaan.. tapi bukankah kemanisan di akhir penantian itu lebih manis?.. 


mood : miss him.. lagi 1 minggu.. bertabahlah wahai hati






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 19, 2011

:: Madu itu manis ::

Madu itu manis tapi bermadu itu pahit.. setuju ???


nahh.. menu dinner malam ni.. 

ayam madu Cikten10

resepi dari kepala otak sendiri.. sapa-sapa yang malas masak tp nak makan sedap boleh la try ayam maduk Cikten10 yang sangat simple !! tak caya ???

*****

bahan-bahan

ayam
sos tiram
madu
black pepper (serbuk)

*****

cara penyediaan

1. basuh ayam, toskan
2. sos tiram + madu + black pepper lumurkan pada ayam
3. bakar dalam oven selama 1 jam 30 minit suhu 200 darjah celcius..

*****

tips : aku tutup bahagian atas ayam dengan aluminium foil pada minit yg ke 45 so that isi ayam tak terlalu kering.. :)

*****

selamat mencuba !!!

mood Cikten10 : menghitung hari.. menunggu kepulangan encik bf.. seminggu lagi.. huuuu


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 18, 2011

:: perihal kawin ::


perbualan telefon antara aku dan mak aku..

*****

pot pet pot pet pot pet..

...haaaa hang tau dak kawan hang ros dah kawin ??..

tau.. orang tengok kat facebook..

..haaa mak pi la kenduri dia.. laki di segak !!! 

aitttt... mak aku ni excited lebih pulak.. keh3..

*****

perihal kawin lagi...

*****

..haa ari tu dina sepupu hang ada mai umah.. dia cerita kat mak.. dia berkenan kat seorang lelaki ni.. kalau dak nak tentu belanja dah.. tengok2 mak ngan ayah dia xmau pasai laki tu tak kerja ngan kerajaan..

laaa.. pulak dah.. ada keja tu dah kira ok la tu mak.. 

*****

adoi la.. setiap kali kol mak aku.. tak sah kalau tak keluaq cerita pasai kawin.. agaknya mak aku dok bagi hint kat anak dia ni kot.. cuma anak dia ni ja buat2 tak paham.. ka aku memang lembap ?? kih3

tapi kan.. yang kes sepupu aku tu.. aku rasa kalau aku ok ja.. asalkan ada keja yang halal.. tak kisah la keja dengan kerajaan ka tak ka.. kalau aku la kat tempat sepupu aku tu rasanya aku dah kawin kot.. mak aku sporting ja.. macam anak dia jugak la.. keh3..

sebelum aku melalut panjang baik aku stop lu.. sekian sahaja laporan untuk hari ini.. kita jumpalagi di waktu yang sama pada minggu depan.. macam iklan tibi pulak dah... bye !




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

:: Multitasking ::

 " Perempuan boleh memasak even anak dok tarik kain batik mintak susu.. sambil basuh baju.. sambil kemas umah.. "

persoalannya

Lelaki boleh ????

setahu aku la.. encik bf aku kalau dok reply mesej aku cakap satu butir pun tak masuk dalam lubang telinga dia apatah lagi nak bagi respon.. memang tak la !!

so.. pendek kata

wanita lebih hebat dari lelaki

setuju ?? kah3.. saje je nak perangat sket jejaka2 hensem di pagi jumaat ni.. jangan  marah ea.. kih3.. hari jumaat ni xelok marah-marah.. senyum macam aku ni.. :) hahaha







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 14, 2011

:: 松島海岸 (Matsushima Kaigan) ::


hye !! sihat ?? 
cian belog seposen aku tak berupdate.. lusa aku punya presentation..
harap-harap ok la.. takut jugak aku berdebar punya pasal kang tersasul pulak.. buat malu je.. tapi kan lidah aku macam nak tergeliat jugak la dok berlatih sorang2 kat depan cermin ni.. kih3..

ok.. kali ni aku nak bawak korang jejalan tengok 

紅葉 ( Momiji ) = Maple 

last saturday.. 12 Nov 2011.. aku ngan budak2 last year kat kolej ni pi jalan-jalan kat 

松島海岸 (Matsushima Kaigan)

松島 = nama tempat tu 海岸 = beach

ni sebagai kenangan terakhir kitorang dekat Sendai la kiranya.. sebab next year aku nak pindah ke Akita.. tempat yang lagi sejuk salji lg tebal.. itu len kali aku cerita..

so jom.. sambil tengok gambar sambil aku membebel kat korang okeh !


light up pada waktu malam.. sekarang ni pukul 5 dah gelap kan.. so dia srat light up ni pada pukul 5.30 pm.. nak masuk kena bayar ¥500 utk org dewasa.. kanak-kanak aku xsure la kena charge ke tak.. kami bernasib baik sebab pergi awal.. kalau lambat sket alamatnya lenguh jugak la kaki nak beratur beli tiket masuk tu..


ni dekat pintu masuk.. light up ni dia buat acam dalam perkarangan taman pahlawan dulu-dulu la.. cantik sangat !!  tak tergmbar dengan kata-kata.. tak caya ???


ni masa mula-mula nak masuk ke taman tu.. ini biasa-biasa je la..


lebih kurang macam gini la suasana kat dalam taman tu.. seriusly cantik !! tak tergambar dengan kata-kata.. tengok dengan mata kepala sendiri lg puas hati !! ¥500 tu sangat2 lah berbaloi aku rasa..


ini dia Momiji ( maple ) yang aku cakap tadi.. meh sini kita kasik zoom lg ekk..


haa.. cantik kan ?? aku tak tau kenapa tapi aku sangat suka momiji.. dulu aku dok tengok dalam drama jepun je.. sekarang bila dah tengok dengan mata kepala sendiri betapa terujanya aku !! pensan !... kih3


bukan warna merah je.. kuning pun ade gak.. warni warni gitu.. baru lah ceria kan.. macam aku.. keh3


lampu-lampu ni dihiasi seolah kunang-kunang la yang berterbangan di udara.. fuhhhh layan gitu.. hehe >.<


 di sepanjang jalan kat dalam taman tu.. ada la lampu2 camni kat tepi2 jalan.. cantikkk !!! 

dan yang paling special skali kan.. yang buat aku aku sangat teruja skali adalah kolam dua alam !! macam mana tu?.. 


maybe dari angel ni tak jelas sangat kot.. permukaan kolam tu jadi macam cermin la.. so you all boleh nampak balik apa yang ada di sekeliling kolam tu.. can you imagine ?? ohh aku pun tak tau nak explain macam mana.. tapi seriusly awesome !!


lepas dah keluar dari taman tu.. baru aku sedar yang aku kelaparan !! haha.. ppunya la teruja dengan kecantikan pemandangan dalam taman tu sampai lupa terus hal makan.. kih3.. dah nama pun kat tepi laut kan.. memang banyak la oyster bakar, scallop bakar, sotong bakar.. yang pastinya semua aku try.. tapi aku sempat amik gambar yang ni je.. keh3.. lapar punya pasal nak snap gambar pun tak ingat dah.. 

tu je lah sajian aku buat korang ari ni.. harap korang terhibur.. daa~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...